Sinopsis:
Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.
Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.
Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.
Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.
Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?
“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”
Sinopsis:
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?
Sinopsis:-
Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.
Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.
Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.
Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.
Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.
“Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah.”
‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.
Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.
Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.
Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?
Zarul... aku umpamakan kau seperti arca yg membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita yg telah menciptana bersama. Lama aku mengenanginya dgn air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yg ingin memiliki diriku, aku diibaratkan kau seperti kisah semalam yg menyedihkan. Aku enggan memilikimu... namun, di suatu hari yg indah aku tiba2 menyedar... suatu penantian yg telah lama menantiku, aku tiba2 telah jatuh cinta kepadamu.
0 comments:
Post a Comment